Nama: Mohmad Ali Abd Rahman
No Matrik: 206135
Nama khursus: SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
Nama Pensyarah: Nor Hafidah bt Ibrahim

Ahad, 26 Mei 2013

Entri bebas "Cinta"

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik, bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan  “cinta”.

           Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

            Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.
Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta itu buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk bercelaru.

         Cinta buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu tidak sama dengan cinta terhadap Allah.

        Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu, yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri. Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samaada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan