Nama: Mohmad Ali Abd Rahman
No Matrik: 206135
Nama khursus: SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
Nama Pensyarah: Nor Hafidah bt Ibrahim

Khamis, 28 Februari 2013

Pengenalan

KENALI AKU...
Pada tahun1990 iaitu tanggal 9 ogos lahirlah aku di sebuah kampung yang terletak di Kota Tinggi Johor. Kampungku tidaklah terlalu terpencil kerana jarak diantara kampungku dengan pekan tidak terlalu jauh. Aku diberi nama Mohmad Ali bin Abd Rahman. Usiaku 23 tahun, dimana aku anak yang ke-9 daripada sebelas orang adik beradik,memiliki lapan orang abang dan dua orang adik lelaki dan perempuan. Bapaku bernama Abd Rahman bin Abdullah manakala ibuku bernama Rokia binti Ahmad. Aku dibesarkan oleh mereka berdua,namun bapaku telah meninggal dunia semasa usiaku 17 tahun. Aku mendapat pendidikan awal pada usiaku enam tahun di tadika kemas atau dikenali dengan pra-sekolah. Setelah usiaku meningkat kepada tujuh tahun,aku menerima pendidikan di sekolah kebangsaan dan menerima pendidikan agama di sekolah agama pada sebelah petang persekolahan. Pada tahun2007, aku telah menamatkan pendidikan dengan menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia(SPM). Dengan berakhirnya SPM itu tidaklah bermana aku telah menamatkan pembelajaran. Aku diberi peluang untuk melanjutkan pembelajaran di peringkat Pra-Universiti, aku menamatkan pembelajaran ini dengan menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Dengan berkat doa dan usaha aku serta doa oleh ibuku, aku sekali lagi diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA.

         Universiti Utara Malaysia merupakan universiti yang ke-4 pilihanku semasa mengisi borang UPU dengan pengambilan jurusan pentadbiran perniagaan dengan kepujian pada Tahun 2010. Bermulalah pengalaman baruku di universiti kerana sebelumnya aku tidak pernah tinggal di asramah. Pada hari pendaftaran pelajar, aku ditemani oleh ibu dan abangku ke pusat pendaftaran pelajar. Setelah membuat pendaftran pelajar, aku diberi kunci bersama nombor bilik, lalu aku terus menuju ke bilik tersebut bersama beg-beg pakaian yang dibekalkan dari kampungku. Setelah sampai ke bilik, rakan sebilikku telah sampai terlebih dahulu sebelumku. Aku berjabat tangan sebagai tanda pengenalan kepadanya,lalu aku sambung mengemas bilikku. Setelah selesai mengemas, ibuku pulang semula ke kampung halaman bersama abangku. Mataku mula menitiskan air mata kerana pertama kali aku berjauhan dengan ibuku.
           Bermulalah hari pertama aku berada di alam universiti yang sememangnya berjauhan dengan keluarga. Mohd Syafiq Helmi bin Kamarudin, pelajar jurusan perakauanan merupakan orang pertama aku kenali di universiti kerana dia merupakan rakan sebilikku. Di universiti inilah mengajar aku tentang arti persahabatan, dimana terdapat banyak jenis manusia yang aku kenali. Ada yang panas baran, ada yang peramah, ada yang pendiam dan sebagainya. Pada tahun 2013 merupakan tahun terakhir bagiku dalam menimba ilmu di peringkat ijazah. Pada waktu ini lah aku mula berfikir tentang apa yang akan aku hadapi di alam pekerjaan nanti. Semoga apa yang aku inginkan tercapai. Ada rezeki aku akan sambung 'master'. Kalau tiada rezeki tetaplah aku bersyukur dengan ijazah yang aku dapat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan