Nama: Mohmad Ali Abd Rahman
No Matrik: 206135
Nama khursus: SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
Nama Pensyarah: Nor Hafidah bt Ibrahim

Ahad, 26 Mei 2013

Entri bebas "Cinta"

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik, bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan  “cinta”.

           Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

            Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.
Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta itu buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk bercelaru.

         Cinta buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu tidak sama dengan cinta terhadap Allah.

        Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu, yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri. Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samaada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.

Ilmu Budi Bakti

Kegelapan menjadi terang apabila disinari cahaya. Seperti kegelapan malam bertukar menjadi terang dengan sinaran matahari yang sungguh cerah. Bergitu juga kehidupan, kejahilan boleh bertukar kepada keilmuan dengan cahaya petunjuk sesuatu sumber yang benar. Manusia sering kali tertanya-tanya ilmu yang ada akan ke mana. Adakah tanpa menuntut ilmu, kejahilan menjadi teman dalam diri selama-lamanya. Semenjak manusia dikeluarkan dari alam kandungan ibu ke alam nyata bumi ini satu ilmu pun tiada di fikiran.Permulaan otak mula beroperasi menerima input pembelajaran yang formal. Permulaan ilmu apabila otak mula mengembang sementara fikiran semakin meluas. Ibu merupakan seorang insan yang bergelar guru yang pertama setelah kita dilahirkan. Permulaan yang amat memeningkan, mengenali satu persatu nama objek-objek di sekeliling membuatkan kita merasakan bertapa ceteknya ilmu yang dikuasai. Hanya pandai senyum, ketawa, nangis dan sebagainya tanpa apa-apa makna. Ibulah yang mengajar sebutan “ibu”,”ayah”, “nenek” dan sebagainya. Lidah terbelit apabila cuba menyebutkannya. Itu lah manusia yang baru dilahirkan. Tiada pengetahuan bahkan tidak pandai berkata-kata. Kegembiraan dapat dilihat di kejernihan wajah ibu dengan terukirnya sebuah senyuman lebar apabila anaknya mula pandai menyebut sesuatu. Walaupun sebutan tidak jelas, tertapi itulah satu ilmu permulaan.

         Peningkatan pencarian ilmu baru dalam kehidupan mula diingikan oleh kita untuk menjumpainya. Ibu dan ayah merupakan tulang belakang kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Ibu dan ayah juga pernah berkata “ilmu itu penting untuk menjamin masa depan yang baik”. Apa yang kita faham, ilmu itu terbahagi kepada dua cabang besar. Antara keduaanya itu adalah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Fardhu pula membawa maksud asas yang diwajibkan untuk mencarinya. Ilmu fardhu ain adalah satu cabang ilmu yang wajib dituntut oleh setiap manusia. Perbezaan agama menyebabkan ilmu fardhu ain ini hanya digunakan oleh insan atau umat Muhammad s.a.w.. Ilmu fardhu kifayah pula adalah satu cabang ilmu untuk menjamin kehidupan di dunia. Cabang ilmu ini adalah luas seperti ilmu perniagaan, ilmu pertahanan, ilmu kepimpinan dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini pula diamalkan oleh ahli-ahli falsafah terkenal yang cuba mendalami ilmu tersebut dan kemudiannya cuba untuk menyebarkan kepada orang lain. Ilmuan islam yang terkemuka dunia seperti Ibnu Sina yang terkenal dengan ilmu perubatan manakala Ibnu Khaldun yang terkenal dengan ilmu matematiknya yang sehingga kini merupakan asas kepada ilmu yang disebarkan. Oleh itu, kedua-dua cabang ilmu ini perlu distabilkan dalam kehidupan agar kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

         Bertapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa ilmu kita ini sememangnya tidak akan maju. Ilmu membawa maksud pengetahuan tentang sesuatu perkara. Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan kita perlu lalui proses mengenal yang diperoleh melalui pengalaman hidup bermulanya lahir sehingga kini. Dalam setiap kehidupan kita, sering kali mendapat perhatian penuh terhadap ilmu. Ada orang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mahu untuk mencari atau menimba ilmu maka ia adalah dari golongan yang tidak mahu mencari kebenaran. Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa untuk mencari sesuatu kebenaran terhadap apa-apa yang berlaku disekeliling kita diperlukan oleh kita terhadap satu fakta yang boleh dirujuk. Fakta-fakta ini akan menjadi penguat kepada kita agar setiap kesalahan dapat ditutupi dengan kebenaran.
         Penambahan pengetahuan terhadap konsep ilmu ini, kita boleh lihat ciri-ciri yang dikatakan ianya adalah ilmu. Antara ciri ilmu tersebut ialah boleh dipertuturkan. Ilmu sememangnya berbeza dengan perasaan dan pengalaman. Sebagai contohnya, pengalaman diri sukar untuk kita pertuturkan melalui bahasa. Berbeza dengan ilmu, setiap sesuatu yang dipertuturkan dalam bahasa ia dikategorikan sebagai ilmu. Contoh lain, seseorang yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara yang telah ia lalui itu adalah pengalaman. Bermulanya pengalaman ini semestinya seseorang itu akan berusaha untuk mencari makna sesuatu perkara yang telah dilalui. Ini dipanggil pengetahuan terhadap sesuatu perkara dan ini juga merupakan ilmu. Selain itu, ciri ilmu juga dapat kita lihat bahawa setiap ilmu harus mempunyai nilai kebenaran. Setiap sesuatu yang bergelar ilmu seharusnya dianggap benar. Sekiranya kita tidak memiliki ilmu, sesuatu perkara itu adalah tergelincir dari kebenaran asal. Hal ini sedemikian kerana, ilmu adalah penyuluh jiwa. Setiap kejahatan akan tewas dengan kebaikan yang berpaksikan ilmu yang bermanfaat. Ilmu sememangnya berharga terhadap seseorang. Ada juga berpendapat bahawa perkara tahyul, santau, pembuatan minyak dagu dan sebagainya juga dikategorikan ilmu. Kita boleh menerima penyataan ini. Tetapi boleh disimpulkan bahawa ilmu yang digunakan untuk kejahatan adalah terlarang dan ianya disebut ilmu hitam. Ilmu ini sememangnya tidak mendatangkan kebaikan kepada seseorang kerana kelak akan menyakitkan atau menyusahkan diri yang menuntut ilmu tersebut. Bagi orang islam, ilmu sejenis ini adalah terlarang keras, dan ianya dianggap melanggar syarak. Sesiapa yang menuntut ilmu tersebut perlu diingatkan supaya segera bertaubat kepada Tuhan. 

           Selain itu, bagaimana dengan situasi orang yang menuntut ilmu yang baik atau menuntut ilmu bukan ilmu hitam yang melakukan jenayah? Sebenarnya untuk persoalan ini, kita harus lihat bahawa seseorang yang mempunyai ilmu wajib untuk mengamaikannya. Dengan amalan ilmu yang dituntut, ianya akan menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa pertahanan fikiran agar tidak melakukan perkara yang sedemikian. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mengamalkannya unpama perpatah arab yang berbunyi “ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah”. Untuk lebih jelas lagi, seseorang menanam anak pokok rambutan, setelah tiga tahun dibajai dan dijaga dengan baik pokok itu tidak mendatangkan hasil buah-buahan yang diharapkan oleh penanam. Sama ertinya dengan seseorang yang bertahun-tahun menuntut sesuatu ilmu, tiba-tiba ilmunya itu hanya sekadar difikiran tetapi tidak mengamalkannya. Ini menggambarkan bahawa ilmu yang dituntut tanpa membuat amal atau menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain maka ianya adalah sia-sia balaka.

Selain itu, ciri sesuatu perkara boleh dikatakan ilmu ialah dengan merujuk kepada sifatnya yang objektif. Hal ini sedemikian kerana, ilmu tidak boleh diubah mengikut keinginan seseorang. Dengan merujuk kepada dunia hari ini yang sangat maju dengan penggunaan teknologi maklumat yang luas kita dapat lihat bahawa permbaharuan objek yang sedia ada kepada yang lebih baru adalah berbeza dengan objek yang dimaksudkan ilmu. Sebagai contohnya, nama sesuatu objek yang diberikan oleh ilmuan terdahulu seperti pen sememangnya tidak boleh ditukarkan atau diubah namanya dengan nama lain mengikut kesukaan seseorang. Oleh itu, setiap ilmu yang kita timba dari seseoarang yang bergelar guru dan sebagainya tidak boleh diperbaharui sesuka hati melainkan ianya diperbaharui dengan contoh atau fakta yang benar dan diterima oleh orang lain.

          Setelah kita mengetahui tetang ciri-ciri ilmu, maka kita juga perlu mengetahui tentang kepentingan ilmu itu sendiri terhadap politik, ekonomi dan sosial. Dalam politik, sesebuah negara itu akan meningkat maju dengan keaamanan masyarakat sekiranya politik yang terdapat dalam negara tersebut adalah stabil. Untuk menstabilkan politik, setiap ahli politik seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi. Ini kita dapat lihat bahawa kestabilan politik di negara kita menyebabkan negara menjadi aman dan damai. Perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pentadbiran negara mampu menjaga keamanan dan kestabilan politik. Bergitu juga dengan ekonomi dan sosial. Ilmu amat diperlukan untuk memastikan kesemua bidang adalah benar.

         Setelah ilmu diperoleh, maka seseorang itu perlu untuk berbudi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budi bahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Ini bermakna, sekiranya kita telah berjaya memiliki ilmu yang dituntut, maka seharuusnya kita memiliki budi yang baik. Konsep budi yang amat luas, namun kita dapat melihat bahawa untuk berbudi perlunya ada ilmu. Ilmu ini yang membentuk kita untuk berbudi. Kebiasaan kita mendengar “orang berbudi kita berbahasa”. Kita juga dapat lihat para ilmuan dunia yang kaya dengan ilmu akan secara langsungnya menyediakan pelbagai kebajikan seperti penyebaran ilmunya secara meluas. Para ustaz yang berjaya menguasai ilmu agama yang tinggi juga sentiasa menyediakan atau membantu masyarakat dalam bentuk penubuhan sekolah pondok dan sebagainya.

             Selain itu juga budi seseorang dapat dilihat dengan nilai kata hati dimana manusia sentiasa melihat budi seseorang. Senang kata budi ini merujuk kepada jasa seseorang. Bdi akan menjadi ingatan kepada seseorang untuk dihargai. Dalam pada itu, kita tidak boleh mengungkit budi yang telah kita lakukan kepada sesiapa pun. Menggunakan bahasa-bahasa yang baik terhadap sesiapa sahaja juga merupakan budi yang mencermikan bahawa kita adalah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Budi sememangnya baik da budi ini terhasil daripada ilmu yang diruntut. Perpatah Orang Arab ada menyatakan bahawa “Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang rendang tidak berbuah”. Oleh itu, kita yang memiliki ilmu atau yang telah menuntut ilmu seberaapa banyak sekali pun jika tidak diamalkan ilmu itu pasti tidak membawa apa-apa faedah pun pada diri kita.

               Disamping itu juga, budi lebih kepada bahasa. Tutur kata yang baik, halus dan sebagainya. Budi ini mencerminkan akhlak kita. Akhlak ketika bertutur dengan orang lain umpamanya bertutur dengan ibu bapa kita, guru-guru kita, majikan kita, kawan-kawan kita dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang kesat yang dikeluarkan oleh kita sememangnya menunjukan diri kita bahawa ilmu yang kita perolehi adalah amat sedikit.  Jika dilihat zaman-zaman nenek moyang kita, atau lebih dikenali dengan zaman klasik, mereka akan bertutur menggunakan bahasa ibunda, atau bahasa halus. Mereka juga sering kali menggunakan pantun sebagai bahasa pertuturan. Pantun yang sangat kretif dengan bahasa yang mendalam membuatkan orang lain memahami dan menganggap ianya teguran yang berilmu. 

          Masalah yang timbul pada masa kini adalah akhlak remaja. Akhlak ketika mereka bertutur dengan orang yang lebih tua dari mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat. Segelintir pelajar ini, yang menunjukan bahawa ilmu pengetahuan tentang pertuturan adalah lemah. Mereka akan dianggap kurang hajar oleh masyarakat. Mereka ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Sebenarnya perbentukan akhlak yang merupakan budi seseorang adalah bermula dari ibu bapa. Ibu bapa adalah pihak yang perlu mengambil perhatian yang penuh terhadap anak-anak mereka dengan memberikan ilmu pengetahuan tentang  adab pertuturan. Ini lah yang menggambarkan budi seseorang. Jika kita melihat kepada slogan atau moto sesebuah pusat pengajian seperti sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya mengenengahkan perkataan budi ini sebgai satu prinsip dalam sistem mereka. Ini lah yang menjadi pegangan dimana mereka yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan ingin menjadikan para dapat dilahirkan dengan budi bahasa yang tinggi.

        Oleh itu, budi sememangnya penting dalam hidup kita seharian. Untuk memperoleh budi yang baik perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Jika dilihat ilmu dan budi berkait langsung dalam diri kita. Hal ini sedemikian kerana, setiap pertuturan kita ini adalah menggambarkan diri kita. Jika kita ke luar negara, pertama penting yang mesti kita lakukan adalah menjaga pertuturan kita. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita yang ingin ke tempat lain, khusunya ke negara-negara jiran untuk bercuti dan sebagainya semestinya membawa nilai budi masyarakat kita. Jika kita menunjukan budi pekerti atau budi bahasa yang baik dan sopan , maka mereka akan menganggap bahawa keseluruhan penduduk di negara kita adalah masyarakat yang sopan. Jika kita menunjukan budi bahasa yang buruk maka anggapan mereka terhadap masyarakat negara kita adalah buruk. Ini secara tidak langsungnya mengaibkan negara dengan anggapan negara ini yang mempunyai budi yang tidak baik. Jadi, kita seharusnya sentiasa menggunakan pertuturan yang baik ketika berada di mana-mana sahaja demi menjaga maruah pelbagai pihak.

             Selain budi, ilmu juga berkait rapat dengan bakti. Apa yang dimaksudkan dengan bakti? Adakah bakti itu perlu dilaksanakan setelah memiliki ilmu? Bakti merujuk kepada sesuatu yang mendatangkan perkhidmatan yang umum. Sebenarnya bakti membawa konsep yang luas. Kita sering kali mendengar perkataan ini tidak kita dima jua kita berada, sama ada di pusat pengajian tinggi, pusat beli-belah, dan sebagainya. Pelbagai program-program yang dianjurkan oleh kerajaan dan sebagainya seperti program anak angkat, prograk bakti siswa dan sebagainya merupan satu contoh amalan yang boleh dikatakan ianya adalah bakti. Dalam masjid juga kita sering mendengar perkataan ini, yang biasa disebut-sebut oleh imam masjid jemaah-jemaah masjid dan sebagainya. Bergitu juga dalam buku-buku. Kita seringkali membaca perkataan bakti dimana-mana majalah, buku-buku ilmu dan sebagainya. Kita juga sering menggunakan perkataan bakti pada bila-bila masa.

                Bakti juga boleh dilihat secara nyata dan tidak nyata. Bakti kepada kedua ibu bapa boleh dilihat dengan dua cara. Pertama, bakti dengan mendoakan ibu bapa agar dia selamat dunia akhirat. Ini merupakan cara berbakti secara tidak nyata. Kadang-kadang dengan cara ini tidak dilihat oleh sesiapa pun melainkan Tuhan. Jadi, kita yang sentiasa mendoakan ibu bapa keselamatan, kegembiraan dan sebagainyaa adalah satu budi yang amat baik. Kedua, bakti dengan cara nyata dimana kita sebagai seorang anak wajib menjaga kebajikan ibu bapa sama ada ketika mereka sihat atau pun tidak. Kita perlu menjaga mereka, menyayangi mereka dan sebagainya. Menyediakan keselesaan mereka, memelihara kesihatan dan sebagainya juga merupakan cara berbakti kepada ibu bapa. 

                 Jika tiada ilmu atau tidak memanfaatkan ilmu yang ada, pasti kita tidak dapat berbuat sedemikian. Hal ini dapat dilihat dimana masyarakat yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Mereka seolah-olah tidak mempunyai ilmu tentang besarnya pahala sekiranya seseorang anak yang berbakti kepada ibu bapa mereka. Alangkah indahnya bakti itu disulami dengan ilmu yang bermanfaat. Menjaga ibubapa dengan memperdengarkan oleh mereka bacaan ayat suci al-Quran dan sebagaunya. Kita seharusnya memiliki rasa sayang dan cinta kepada kedua ibu bapa agak kita sentiasa berbakti kepada mereka dengan berusaha menggembirakan hati mereka. Selain itu, terhadap tuhan juga kita perlu berbakti. Berbakti atau secara umumnya berkhidmat, kita perlu berkhidmat kepada Tuhan yang menciptakan kita. Tanpa ilmu kita tidak mampu berkhidmat kepada Tuhan. Amalan baik yang kita buat terhadap Tuhan merupakan bakti kita kepada Tuhan. Ilmu-ilmu tentangnya perlulah ada. Ilmu solat, ilmu membaca al-Quran dan sebagainya perlu sedia dituntut sebelumnya datang kematian pada diri kita.Selain itu, bakti yang kita boleh lihat, umumnya di sebuah intitusi pengajian tinggi awam, Universiti Utara Malaysia yang menggunakan slogan ilmu, budi dan bakti. Dalam pada itu, IPT ini ingin melahirkan para pelajar yang berilmu dan akan melahirkan sifat bakti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Kita sememangnya mampu memberikan pelbagai bakti kepada masyarakat dengan adanya ilmu yang bermanfaat. Dari ilmu inilah datangnya amal kebajikan.
        
          Seseorang yang telah tamat menuntut ilmu bagi sesebuah intitusi, mereka secara langsungnya akan berfikir tentang apa yang masyarakat dapat dari ilmu yang dituntutnya. Dari sini juga, mereka akan menggunakan ilmu untuk melahirkan satu aktiviti atau satu organisasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contohnya seorang mahasiswa dari jurusan pentadbiran perniagaan telah menamatkan pendidikan ijazahnya. Dia mencuba membuka satu perniagaan dengan mengamalkan prisip perniagaan yang dituntut. Pada mulanya adalah kecil-kecilan. Setelah meningkat maju, perniagaannya mula membuka sebuah kilang yang agak besar. Dengan adanya kilang itu, maka dia memerlukan tenaga kerja yang mencukupi. Dia pon membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk bekerja dengannya. Ini menunjukan bahawa mahasiswa ini telah berjaya menghidupkan nilai ilmu budi dan bakti dalam dirinya. Secara tidak langsung dia telah berbakti kepada masyarakat dan kepada negara dengan membantu mengurangkan masalah pengangguran.

           Sebagai kesimpulan, ilmu, budi dan bakti adalah tiga perkataan yang berbeza dan membawa maksud juga berbeza. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perkataan ini ada kait rapatnya untuk melaksanakannya dalam diri kita. Tanpa ilmu, amalan budi dan bakti tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tanpa budi dan bakti, maka ilmu yang dituntut adalah sia-sia belaka dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri sendiri dan kepada masyarakat lainnya. Ini bermakna punca segala-gala amal kebaikan adalah lahir dari ilmu. Oleh itu, semua manusia harus malah wajib untuk menuntut ilmu yang memberi banyak kebaikan kepada diri sendiri di dunia dan di akhirat. Pepatah melayu ada mengatakan, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”. Sebenarnya ilmu telah banyak diperkatan di mana-mana tempat dan telah menjadi buah mulut masyarakat yang pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka berperanggapan bahawa dengan adanya ilmu, maka anak-anak mereka akan mampu untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat dengan melakukan budi bakti. Ini juga dianggap anak-anak mereka telah berjaya menjadi insan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka mahukan anak-anak mereka menjadi tenaga penyumbang kepada masyarakat sekali gus berbakti kepada masyarakat dan negara.

Rabu, 27 Mac 2013

Ulasan petikan "bahasa slanga remaja,cabaran memartabatkan Bahasa Melayu" (Dewan Bahasa oktober 2012)

Bahasa rojak merupakan isu yang amat serius di Negara Malaysia. Pihak media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik tidak jemu-jemu menjadikan isu ini sebagai isu utama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu ini juga telah menjadi bahan mulut sensasi tidak kira dimana jua mereka berada sama ada di pusat pengajian tinggi, pusat beli belah mahupun di warung-warung kopi. Masalah bahasa rojak ini telah diusahakan oleh pelbagai pihak untuk diatasi. Ini termasukalah menganalisis punca berlakunya bahasa rojak. Sememangnya penulis artikel ini telah mengetengahkan tentang puncanya, namun setiap punca itu sukar untuk diatasi.

          Bahasa rojak sebenarnya tidak digunakan oleh guru-guru di sekolah, namun pelajar masih gemar menggunakan bahasa rojak. Hal ini sedemikian kerana, bahasa rojak dipengarahui oleh remaja khususnya pelajar sekolah  adalah berasal dari hiburan masa kini. Jika dilihat hiburan masa kini lebih banyak menggunakan bahasa rojak sama ada melalui perfileman, industri muzik dan sebagainya. Percampuran bahasa yang lebih kerap digunakan oleh golongan artis tanah air atau artis dari Indonesia, Singapura dan sebagainya adalah satu punca pelajar menggunakan bahasa rojak.  Seperti dalam petikan, penulis memberi contoh lagu yang bertajuk "kantoi" yang liriknya mengandungi bahasa rojak dengan percampuran bahsa Inggeris dengan bahasa Melayu.
     
  Antara contoh bahasa rojak:

1. Petikan daripada filem gangster "lu langsi lu mati", lu bikin gua panas jer, jangan sampai gua sengat lu..
2.Petikan daripada slogan hiburan Malaysia "sure heboh".
3. Penggunaan beberapa kata ganti diri seperti gua, lu, i , u, bro, brader, cai, der. 
4. Perbualan melayu dengan cina "lu mau beli, jangan itu macam, kasi bayar dulu ma"..
5. Perbualan melayu dengan cina "kawan saya xde itu uwang bole mati ka?".


Pada pendapat saya, penggunaan bahasa rojak adalah sukar untuk diatasi seluruhnya. Pihak kerjaan Malaysia perlu untuk menapis perfilemaan dan industri muzik daripada menyekat filem dan lagu yang menggunakan bahasa rojak. Para pendidik khususnya guru sekolah perlu bekerja keras untuk memertabatkan bahasa melayu yang merupakan bahasa rasmi negara ini. Mereka perlu mengetengahkan kepada anak didik mereka tentang ketinggian nilai bahasa melayu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Namun demikian, saya berpuas hati dengan penggunaan bahasa melayu formal dalam surat menyurat, acara atau majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Ini lah yang akan mengamalkan atau menguatkan penggunaan bahasa melayu formal dan merupakan cara utuk menarik minat pengguna bahasa melayu.
        
             Selain itu, saya juga berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris di pusat pengajian tinggi adalah lebih banyak berbanding menggunakan bahasa melayu. Itu tidak salah kerana bahasa inggeris adalah penting untuk seseorang mahasiswa agar mahir berbahasa inggeris untuk melanjutkan pendidikannya ke negra asing yang sememangnya menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, diharapkan setiap pusat pengajian tinggi mengekalkan atau mewajibkan subjek bahasa melayu dalam pendidikan mereka. Ini dapat dilihat dalam sebuah IPTA Universiti Utara Malaysia yang mewajibkan semua pelajar untuk mengambil subjek "Bahasa Melayu Untuk Pengurusan".

          Kesimpulannya, bahasa rojak telah sebati dalam kehidupan seharian. Namun demikian masih kekal menggunakan bahasa melayu formal dalam acara atau majlis rasmi. Setiap masyarakat Malaysia perlu untuk menyedari bahawa bahasa melayu akan menjadi rosak sekiranya bahasa rojak digunakan di seluruh majlis dan acara-acara rasmi. Anak-anak muda merupakan penyambung warisan masyarakat melayu yang akan menggunakan bahasa melayu formal sebagai bahasa harian mereka. Oleh itu, ibubapa khususnya perlu mendidik terlebih dahulu anak-anak mereka dengan menggunakan bahasa melayu dan kemudian barulah mendidik mereka dengan menggunakan bahasa inggerisdan sebagainya.





Khamis, 7 Mac 2013

Kebudayaan Masyarakat Cina di Malaysia

Apakah yang dimaksudkan budaya? Adakah budaya dan adat adalah satu perkataan yang sama maksud? Secara umumnya budaya ialah warisan turun temurun yang dibawa oleh nenek moyang. Budaya juga mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Budaya juga boleh dikategorikan sebagai kepercayaan nenek moyang. Dapat disimpulkan bahawa budaya atau kebudayaan merujuk kepada warisan norma sosial, nilai-nilai etika, adat resam, kepercayaan agama, sistem politik, dan artifak-artifak dan teknologi-teknologi tertentu.

         Kebudayaan masyarakat cina yang kekal sehingga hari ini adalah tarian naga pada hari perayaan. Setiap Tahun Baru Cina, tarian-tarian singa dan naga menjadi tarikan pelancung luar negara dan mendapat sambutan masyarakat lain di Malaysia. Tarian-tarian ini merupakan simbul perayaan mereka. Semasa tarian dilakukan, penonton yang menyaksikan persembahan tarian itu akan dijamukan dengan buah limau mandarin. Bagi kaum melayu dan india pula, mereka juga boleh berkunjung di setiap pusat tarian yang dijalankan dijadikan bahan hiburan. Ini menunjukan bahawa tarian naga dan singa menjadi kebudayaan bagi bangsa cina   yang kekal sehingga hari ini.

       Kepercayaan kepada roh nenek moyang yang berkeliaran di dunia ini juga merupakan salah satu kebudayaan masyarakat cina. Ini bermakna mereka percaya adanya roh nenek moyang yang baik dan jahat. Roh ini perlu dipersembah setiap kali mereka sembahyang. Sekiranya mereka tidak melakukan amalan ini, maka roh-roh jahat nenek moyang akan menyakitkan mereka. Oleh itu, pada setiap tahun , mereka perlu mengadakan hari membuang nasib malang dimana mereka perlu membakar lilin di sekeliling kawasan kediaman mereka. Upacara ini dapat di lihat di Malaysia dimana sesetengah masyarakat cina akan membuat pembakaran kertas kepercayaan mereka secara besar-besaran.
       
          Kebudayaan pemakaian pula, masyarakat cina mengamalka pemakaian tradisi seperti jubah labuh, cheongsam, shanghai dan sebagainya pada majlis-majlis tertentu. Ini dapat dilihat pada budaya pemakaian cheongsam pada hari perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, dalam pemakaian tradisi juga, mereka mempercayai bahawa warna merah adalah pembawa tuah. Jadi mereka menganggap pakaian berwarna merah menunjukan seseorang itu akan mendapat tuah atau nasib yang baik. Di Malaysia, kita dapat lihat pada setiap sambutan Tahun Baru Cina, pemakaian warna-warna merah akan digunakan sepenuhnya dalam pelbagai acara.

           Kebudayaan masyarakat cina juga dapat dilihat dari segi amalan angpau. Angpau atau sampul duit yang digunakan oleh masyarakat cina pada hari perayaan merupakan satu amalan turun termurun nenek moyang mereka. Setiap angpau diisi dengan duit dan diberikan kepada kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumahnya pada hari perayaan. Pemberian tidak meyebelahi mana-mana masyarakat lain di Malaysia. Ini bermaknna pelbagai kaum yang masih bersekolah mengunjungi rumah mereka akan diberikan angpau. Angpau pula mestilah berwarna merah dan dihiasi dengan corak ikan koi, naga, singa dan sebagainya.

        Selain itu, kebudayaan masyarakat cina juga dapat dilihat melalui pemberian nama anak semasa dilahirkan. Nama tersebut terdiri daripada tida patah perkataan yang dimulai oleh nama keluarga. Perkataan yang kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara manakala yang ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna berdasarkan unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.

            Sebagai kesimpulan, kebudayaan masyarakat cina masih diamalkan oleh masyarakat cina di Malaysia. Pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan memelihara kebudayaan semua masyarakat yang berbilang kaum supaya ianya menjadi satu simbul kepada Negara Malaysia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dengan aman.

Khamis, 28 Februari 2013

Pengenalan

KENALI AKU...
Pada tahun1990 iaitu tanggal 9 ogos lahirlah aku di sebuah kampung yang terletak di Kota Tinggi Johor. Kampungku tidaklah terlalu terpencil kerana jarak diantara kampungku dengan pekan tidak terlalu jauh. Aku diberi nama Mohmad Ali bin Abd Rahman. Usiaku 23 tahun, dimana aku anak yang ke-9 daripada sebelas orang adik beradik,memiliki lapan orang abang dan dua orang adik lelaki dan perempuan. Bapaku bernama Abd Rahman bin Abdullah manakala ibuku bernama Rokia binti Ahmad. Aku dibesarkan oleh mereka berdua,namun bapaku telah meninggal dunia semasa usiaku 17 tahun. Aku mendapat pendidikan awal pada usiaku enam tahun di tadika kemas atau dikenali dengan pra-sekolah. Setelah usiaku meningkat kepada tujuh tahun,aku menerima pendidikan di sekolah kebangsaan dan menerima pendidikan agama di sekolah agama pada sebelah petang persekolahan. Pada tahun2007, aku telah menamatkan pendidikan dengan menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia(SPM). Dengan berakhirnya SPM itu tidaklah bermana aku telah menamatkan pembelajaran. Aku diberi peluang untuk melanjutkan pembelajaran di peringkat Pra-Universiti, aku menamatkan pembelajaran ini dengan menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Dengan berkat doa dan usaha aku serta doa oleh ibuku, aku sekali lagi diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA.

         Universiti Utara Malaysia merupakan universiti yang ke-4 pilihanku semasa mengisi borang UPU dengan pengambilan jurusan pentadbiran perniagaan dengan kepujian pada Tahun 2010. Bermulalah pengalaman baruku di universiti kerana sebelumnya aku tidak pernah tinggal di asramah. Pada hari pendaftaran pelajar, aku ditemani oleh ibu dan abangku ke pusat pendaftaran pelajar. Setelah membuat pendaftran pelajar, aku diberi kunci bersama nombor bilik, lalu aku terus menuju ke bilik tersebut bersama beg-beg pakaian yang dibekalkan dari kampungku. Setelah sampai ke bilik, rakan sebilikku telah sampai terlebih dahulu sebelumku. Aku berjabat tangan sebagai tanda pengenalan kepadanya,lalu aku sambung mengemas bilikku. Setelah selesai mengemas, ibuku pulang semula ke kampung halaman bersama abangku. Mataku mula menitiskan air mata kerana pertama kali aku berjauhan dengan ibuku.
           Bermulalah hari pertama aku berada di alam universiti yang sememangnya berjauhan dengan keluarga. Mohd Syafiq Helmi bin Kamarudin, pelajar jurusan perakauanan merupakan orang pertama aku kenali di universiti kerana dia merupakan rakan sebilikku. Di universiti inilah mengajar aku tentang arti persahabatan, dimana terdapat banyak jenis manusia yang aku kenali. Ada yang panas baran, ada yang peramah, ada yang pendiam dan sebagainya. Pada tahun 2013 merupakan tahun terakhir bagiku dalam menimba ilmu di peringkat ijazah. Pada waktu ini lah aku mula berfikir tentang apa yang akan aku hadapi di alam pekerjaan nanti. Semoga apa yang aku inginkan tercapai. Ada rezeki aku akan sambung 'master'. Kalau tiada rezeki tetaplah aku bersyukur dengan ijazah yang aku dapat.